Note: To post blogs from any email address, just email postblog@MuslimSocial.com. The email title and content will become your blog title and content showing up below. It's so simple.
Post blog by email now!
Most recent posts Most popular posts
Send to friends  Add to my favorite blogs  Bookmark and Share

Hina..

Feb 25, 2007
Hina Besi Karena Karat, Hina Manusia Karena Pangkat...



Perpatah Melayu ini menunjukkan bahawa kaum Melayu nusantara telah lama mementingkan pangkat sebagai suatu penghormatan masyarakat kepada seseorang individu. Acapkali, pangkat menentukan status seseorang di dalam keluarga, masyarakat dan keluarga.

Pangkat adalah suatu indikator kejayaan hidup di dunia ini. Tanpa pangkat yang sesuai, kehidupan seseorang itu mungkin tidak sebaik atau tidak bernasib baik di dalam kelompok sekelilingnya.

Seseorang yang berpangkat dilihat sebagai seseorang yang berharta, berbudi pekerti yang baik dan datang daripada keturunanan yang baik-baik juga.

Anugerah pangkat biasanya diberikan oleh pembesar-pembesar Melayu pada suatu ketika dahulu sehinggalah sekarang. Namun, terdapat beberapa kriteria yang digunakan sebelum sesuatu pangkat itu dianugerahkan kepada seseorang. Tidaklah salah sekiranya anugerah pangkat itu dipergunakan untuk kebaikan umum.

Kewujudan pangkat pada asalnya adalah untuk menyelaras atau mengurus aktiviti-aktiviti masyarakat dengan lebih sempurna. Setiap arahan-arahan yang diterima dari satu peringkat ke peringkat yang lebih bawah, akan dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.

Akan tetapi, penyalahgunaan pangkat merupakan satu perkara yang amat keji sekali terhadap masyarakat bawahan. Ia merupakan alat penindasan sosial yang halus dan tersembunyi.

Salah guna pangkat (status), telah bermain di dalam masyarakat Melayu sekian lama sehinggakan pangkat menafikan kuasa agama Islam itu sendiri. Dari peringkat atasan, iaitu Sultan atau Raja, sehinggalah ke peringkat bawahan seperti pihak berkuasa.



regards

bro fay aka rawa tose

p/s: maaf tidak dapat habiskan topik kerana ia terlalu berat untuk dibaca oleh golongan2 18 kebawah. Jika ada sokongan, topik ini akan diteruskan.