rafas's blog

Most recent posts Most popular posts
Send to friends  Add to my favorite blogs  Bookmark and Share

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ PADA MALAM 27 REJAB

09-Aug-07
SELAMAT menyambut Israk dan Mikraj pada semua kawan-kawan.

Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan kilat (sangat pantas) Rasulullah s.a.w. pada sebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.

Menurut beberapa riwayat peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Baginda, ia berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah.
Peristiwa ini bersabit dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Isra? ayat yang pertama maksudnya:
Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Pada paginya, Rasulullah s.a.w. termenung, memikirkan bagaimana untuk memberitahu umat manusia tentang peristiwa tersebut, kerana ia suatu yang di luar kemampuan manusia. Bayangkan perjalanan ke Baitulmaqdis sahaja mengambil masa hampir sebulan, inikan pula dalam satu malam.

Rasulullah s.a.w. menyahut cabaran Abu Jalal agar dikumpulkan manusia untuk memberitahu mereka tentang peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w. ke Masjidil Aqsa. Apabila manusia telah berkumpul, dan Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada mereka tentang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa dalam satu malam, ramai daripada mereka yang tidak percaya.

Mereka yang lemah imannya mendustakan Rasulullah s.a.w. manakala mereka yang sudah kuat imannya, bertambah kukuh lagi keimanan, seperti Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Keberanian Rasulullah s.a.w. memaklumkan kepada umat manusia tentang perjalanan Baginda tersebut sememangnya wajib dicontohi kerana ia memberikan iktibar kepada umat Islam masa kini supaya perlu bersabar dan terus menunjukkan akhlak yang baik, walaupun ditentang oleh mereka yang tidak beriman dan tidak memahami Islam.

Sudah menjadi lumrah, mereka yang tidak memahami Islam akan mempunyai pandangan serong dan silap faham terhadap Islam. LEBIH-LEBIH LAGI BAGI UMAT ISLAM YANG NAIF TENTANG TENTANG KEFAHAMAN DAN ILMU ISLAMNYA.

Cntohilah Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda diperli, dikeji dan didustai kerana menyampaikan berita Israk, Rasulullah s.a.w. tetap bersabar dan menunjukkan akhlak yang baik.

Maka, sebagai orang Islam yang tinggal di negara majmuk seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia ini, ada kalanya kita menghadapi silap faham daripada mereka yang bukan Islam. Kita perlu tunjukkan akhlak yang baik serta bersabar dan terangkan kepada mereka tentang ajaran Islam yang sebenar, yang menggalakkan keharmonian dan juga kemakmuran.


Posted on 09-AUG-07
Assalamualaikum Bang Rafas.
Saya sangat terkesan dengan tajuk yang abang buat ini. Akan membuat iman kita semakin bertambah, Jangankan menaikan Nabi Muhammad kelangit dalam tempo waktu hanya satu malam, lebih dari pada itu Allah sangatlah kuasa.
Kadang adik suka termenung memikirkan kejadian ciptaan Allah ini. Bayangkan saja Allah menciptakan dunia dalam tempo waktu 6 hari, sesuai dengan firmanNya yang ada dalam kitab Al Qur'an yang selalu kita baca. Langit Allah ciptakan dalam waktu 2 hari, Bumi Allah ciptakan dalam waktu 2 hari dan isi Langit bumi ini juga dalam tempo waktu 2 hari. SUBHANAWLLAH. Namun yang dikatakan oleh abang sangatlah benar sekali, bahwa kita mesti sabar untuk menjelaskan kepada orang orang yang tidak memahami Islam ini.

Disclaimer: The opinions expressed by MuslimSocial.com's members are entirely their own, and do not necessarily reflect the views of MuslimSocial.com itself.
Privacy | Partners | Help | About Us | Contact Us
© MuslimSocial.com 2005 — 2014. All rights reserved.